Thursday, 16 May 2013

cakap siang lihat-lihat; kalau malam ?

salam rejab semua !
mentang-mentang la taip malam, title entry pun nak suspen gak ke ? hihihiii ~ 
tak laaa ! act, title tu saje je aku pilih sbb tak tau la nak bubuh title apa.. almaklumlah,  media sosial ni bukan tempat untuk u'lls semua menghina, mengata, mengutuk atau sebagainya secara terang-terangan terhadap insan lain.. 

hah ~ da bukak pun topik.. kawan-kawan, pernah tak kite terfikir waktu kite duk syiookkkk menaip post kat FB kadangkala dalam selangkah dua kite tak sedar yang kite ni adalah bahan jengkelan orang ~ kadangkala tanpa kite sedar kite telah menyakitkan hati org yang membaca post tersebut.. tidak terlepas gak pada si penaip ni jugaakk.. tibe-tibe hati aku tersentapppp dengan post seorang kawan di fesbuk ! secara tak sedar post yang kawan tu post terkena sebijik post aku sebelum ni.. hah ! hambek ~ rasa mcm nak makan je lappy nih.. tp, aku redha dan amek dari sudut positif.. awak da besarkan.. da matangkan.. so, tak perlu fikir perkara yang membinasakan diri awak.. aku hanya mampu berselawat mohon tuhan jauhkan hati aku dai sifat yang menjengkelkan.. perlahan-lahan aku bukak wall aku dan terus delate post aku sebelum nih.. kemudian aku bace lg post die.. hurm ~ 5 jam yg lepas.. aku post tak smp 5 jam pun.. tp, tak pe laa ~ maybe tak semua post kite tuh adalah apa yang orang nak bace.. tak semestinya kegembiraan kite perlu kite share pada semua orang.. kadangkala diam itu lebih baik.. dari aspek positifnya, aku da padam post yang tanpa kite sedar kite menyebabkan orang ghase "eiewww ~ menjengkelkan" tp, dari aspek yang tak baiknya, "aduh ! aku ni da masuk kes buruk sangka nih" huhuhuu ~ 

kesimpulannya pelayar sekalian, sebelum kite mengutarkan post utk kte share kat fesbuk.. kite kne fikir implikasinya terhadap  pembace yang lain.. kadangkala pada pendapat kite ianya suatu yg perlu kite share, perlu kite tegur.. tp, mcm mana kalau post kte jadi satu bahan umpatan ? jadi kudis dalam diri insan lain ? so, u'lls sekalian, we'lls harapkan agar i'lls and u'lls akan lebih berjaga-jaga dengan media masa ~ gunakan dengan sebaik mungkin untuk berkongsi ilmu dan perhebahkan perkara yang menyenangkan insan lain =)

wassalam ~ si penaip dan ngntukkk mau tidur, segala yang baik datangnya dari ALLAH dan khilafnya adalah dari diri sendiri ~ mohon maaf dan salam rejab !

Sunday, 12 May 2013

Kelebihan Bulan Rejab Berserta Hadith

salam Rejab semua ! diam tak diam dah masuk bulan rejab da kite nih.. Alhamdulillah ~ semoga pelayar cik putih dapat merebut award dlm bulan Rejab dan disolekan dengan bulan Syaaban seterusnya diserikan dengan bulan Ramadhan ~

ni cik putih nak share sket kelebihan yang kite bakal perolehi dalam bulan rejab.. sama3 la kite peroleh manfaat darinya ~
 
 1. Sabda Nabi S.A.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul -Qadarnya.
4. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi ( Firdaus) . Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka  ( panjangnya setahun perjalanan).
6. Malam awal Rejab mustajab doanya ( adalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi).
7. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafi'atkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.
9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka lapan pintu syurga.
11. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru: tidak ditolak dia masuk ke syurga.
12. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab Allah jadikan bagi hamparan perhentian di titi sirotolmustaqim pada tiap-tiap batu.
13. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
15. Puasa dua puluh hari pada bulanRejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
16. Berkata Saidina Ali:
Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. 
Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. 
Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala qalam.
18. puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.
19. puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.
20. puasa sahari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya
              Berseru dari langit : Gembiralah  kamu dengan kemuliaan yang besar : dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas dari azab kubur (Al-Hadis) - (berpuasa  pada  siang  hari  dan  beribadat  pada malamnya).
21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), dimapunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :
Diampunkan dosanya yang lalu. 
Dipeliharakan umurnya yang tinggal.
Terlepas dari dahaga di hari qiamat.
22. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
24. Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti  sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
25. Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulun Rejab, bulan Allah.
26. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allh daripada api neraka, kerana kenuliaan bulan Rejab.
27. Allah jadikan dibelakang bukit Jabar Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!
28. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
29. Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya : "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah ArasyKu, engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau". ( Dari Kitab RaudhatulIfkar).
30. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran hari Israk Mikraj.
31. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan oang mukmin pada bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar didalam Syurga Firdaus.
32. Siap berbuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasad, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di mizan, 70 hajat ketika berlalu di titi Siratol mustaqim.
33. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan sengan (bulan Allah).

wow ! hebatnya cik putih dapat semua nih.. hihihii ~ cik putih cuma sebarkan ilmu ALLAH sahaja.. cik putih copy + paste dr website Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ~ so, sila klik untuk ke layar JAIS ~ baiklah semua.. yang baik datangnya dari ALLAH dan yang khilaf datangnya dari diri sendiri ~ mohon maaf dan salam rejab semua ! 

Saturday, 11 May 2013

master ? PhD ? hebat sangat ker ?

salam semua ~
teruja tak dengan nukilan ni ? okeyh biasa je ~ -_-"
nukilan ni bukan sekadar tulisan bersahaja.. but most important is, untuk panduan semua.. fuyooo ! hebatnya awak cik putih nak bg advice.. yeah ! based on my degree, I should saying that is myFOOD ! but then, ble da join alam pekerjaan I should saying that I must turn back to my field !!

kenapa mesti sambung master then PhD ? masa habis dgree mst most of ur fren fren kepada fren fren akan smbung master.. betul tak ? betul tak ? klo yg lg hebat terus sambung PhD.. so, tak terkecuali la pada aku.. masa belum habis study lg aku da aim 1 course ni.. clinical course ~ medical social worker.. sbb target aku nak ngorat doktor pakar kat ospital ~ boleh pakai tak ? HAHAHA ~ but then, my mom tak bagi.. UKM la kakak, kat KL tuh *infact selango je pung* cari yg kat JOHO je la ~ UTM tuh blh wat master..

so, dengan rasa berat hati aku pun melupakan hajat aku nak ke sana.. aku pun kerja la pape ikut suke hati aku.. then dlm tak sedar, aku terjebak dlm property.. hello ! that's not my field ~ but then, aku da start kije hampir nak setahun baru la aku start bukak ruang utk smbg blaja.. gatal gak kaki aku nak sambung kat UM ! mau tak gatal, my 2nd home tuuu ~ tp ble pk balik, terpaksa korbankan tawaran UM dan pilih UTM ~ infact course yg aku amek ada kaitan ngn kerja aku skrg.. alhamdulillah, lg setahun aku da nak grad *klo mengandung pas kawen smbg lg 1 sem* ~

conclusionnye adek3 semua, tak salah nak sambung smp tinggi mana pun.. tp, make sure letakkan target dlu.. knape erk ? mengapa erk ? cam ne erk ? *JOHO* mcm aku target aku for sure la nak upgrade hidup aku.. 2nd, nak bg hadiah utk mak ayah aku.. 3rd, aku sbenarnya dan sejujurnya nak cari jalan cam ne la aku nak jd cikgu or lecturer ! sbb aku lg minat mengajar ~ ada mana3 IPTA atau IPTS nak amek aku ta ? but STRICTLY at JOHO =) tp, ikut pengalaman aku laa ~ mereka yg bekerja ni act, klo smbg utk tahap lebih tinggi adalah lebih kemas sbb boleh relatedkan isu smasa bertugas dgn task atau discussion nty.. cume klo newbie ni, u'lls kne rajin membaca utk add knowledge ~ 

one of my fwen pernah keliru nak sambung master atau tak.. then I TOLD her master ni bukan sekadar sijil, ia lebih kepada BATU LONCATAN untuk upgrade diri kita dan masa depan kita.. so, we'lls fahamkan ape yg i'lls ckp kan kan kan ? for those yg da cmplete master act, lg CANTIK klo u'lls jd kan PhD as ur coffee-mate ! baru la serasi bersama =)

okey visitor sekalian.. thanx for reading my entry.. klo ada silap mohon maaf.. yg baik dtgnya dari ALLAH, yg buruk dari diri sendiri ~ salam semua !  

coretan atau nukilan

salam semua !
this is my first entry ~ i'm not a newbie blogger coz before this pun aku pernah buat blog.. cume time tu terlalu banyak kisah cinta then aku stop sbb terlalu tidak matang hasil penulisanku.. now, i'm starting with my new blog, new name and new mission ~ hopefully, penulisanku ini menghasilkan sesuatu yg bermakna buat diriku dan pelayar dunia blog sekalian ~

coretan atau nukilan ? sama ke berbeza ? hurm ~ bagi aku ada beza pada diri aku sendiri.. sbb tu aku menggabungkan ia menjadi satu.. utk 1st entry ni ta banyak sangat aku nak nukilkan ~ sekadar coretan biasa untuk mereka semua faham mengenai tajuk blog aku ~ unik tak ? hahaaa ~ klo rasa masih blurrr, blh la start review my blog nih kayh ! salam semua ~