salam Rejab semua ! diam tak diam dah masuk bulan rejab da kite nih.. Alhamdulillah ~ semoga pelayar cik putih dapat merebut award dlm bulan Rejab dan disolekan dengan bulan Syaaban seterusnya diserikan dengan bulan Ramadhan ~
ni cik putih nak share sket kelebihan yang kite bakal perolehi dalam bulan rejab.. sama3 la kite peroleh manfaat darinya ~
1. Sabda Nabi S.A.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban
bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban
dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul -Qadarnya.
4. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang
tertinggi ( Firdaus) . Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang
panjang yang menghalang dia ke neraka
( panjangnya setahun perjalanan).
6. Malam awal Rejab mustajab doanya ( adalam Kitab Raudhoh
Imam Nawawi).
7. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafi'atkan daripada
bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari
Qiamat.
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab
kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya
mukanya.
9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya
tujuh pintu neraka.
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka lapan pintu
syurga.
11. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya
lalu menyeru: tidak ditolak dia masuk ke syurga.
12. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab Allah jadikan bagi
hamparan perhentian di titi sirotolmustaqim pada tiap-tiap batu.
13. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat
wajah Allah di dalam Syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam
syurga.
14. Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya
sebuah mahligai di hadapan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
15. Puasa dua puluh hari pada bulanRejab diampunkan segala
dosanya yang telah lalu.
16. Berkata Saidina Ali:
Puasa Rejab
13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
Puasa Rejab
14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
Puasa Rejab 15 hari seperti puasa
seratus ribu tahun.
17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan
Quran atas segala qalam.
18. puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan
diberi minum air dari syurga.
19. puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,
terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.
20. puasa sahari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya
Berseru dari langit : Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar : dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan
puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan
puasa (Al-Hadis), lepas dari azab kubur (Al-Hadis) -
(berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya).
21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), dimapunkan dosa
orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab
wajib baginya :
Diampunkan
dosanya yang lalu.
Dipeliharakan
umurnya yang tinggal.
Terlepas dari
dahaga di hari qiamat.
22. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya,
seperti puasa sebulan pahalanya.
23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah
bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
24. Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu
darjat, dihapus seribu kejahatan.
25. Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada
bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai,
seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali,
kerana keistimewaan bulun Rejab, bulan Allah.
26. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allh daripada api
neraka, kerana kenuliaan bulan Rejab.
27. Allah jadikan dibelakang bukit Jabar Qaf bumi yang putih
yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab
meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku
ampunkan mereka!
28. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya
daripada api neraka.
29. Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru
kepadanya : "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi
ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah ArasyKu, engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia
atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau". ( Dari
Kitab RaudhatulIfkar).
30. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan
pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran
hari Israk Mikraj.
31. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan oang
mukmin pada bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar didalam
Syurga Firdaus.
32. Siap berbuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasad, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf
(ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di
mizan, 70 hajat ketika berlalu di titi Siratol mustaqim.
33. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan,
kemuliaan) kerana keagungan,
kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya,
kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal
soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada
malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang
dinamakan sengan (bulan Allah).
wow ! hebatnya cik putih dapat semua nih.. hihihii ~ cik putih cuma sebarkan ilmu ALLAH sahaja.. cik putih copy + paste dr website Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ~ so, sila klik untuk ke layar JAIS ~ baiklah semua.. yang baik datangnya dari ALLAH dan yang khilaf datangnya dari diri sendiri ~ mohon maaf dan salam rejab semua !
No comments:
Post a Comment